Back To Top
Untitled Document
Untitled Document

Untitled Document

 

 
 
 
Sejarah Pusat Sumber Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wah Man
 
 
Pada 13 Mac 1953 SRB WAH MAN telah ditubuhkan.di Kampung Sg. Meruton. Keluasan perpustakaan ialah satu pertiga daripada sebuah bilik darjah.
 
Pada 1 Disember, 1994, disebabkan oleh ramai penduduk berhijrah ke bandar maka alamat sekolah ini dipindah ke bandar atas persetujuan Jabatan Pendidikan Sarawak. Maka, alamat sekolah ini dipindah ke kawasan Su Mee, KM3, Jalan Repok, Sarikei. Pada tahun 1995 keluasan pusat sumber ialah sebuah bilik darjah yang merangkumi bilik Alat Bantu Belajar dan Bilik Perpustakaan.
 
Pada tahun 2001 bangunan dua tingkat telah siap dibina. Pusat Sumber dipindah ke bangunan baru, tingkat atas. Keluasannya bertambah iaitu terdiri daripada tiga buah bilik darjah. Sebuah bilik digunakan sebagai Bilik Alat Pandang Dengar 1 dan Perpustakaan, bilik kedua digunakan sebagai Bilik Alat Bantu Belajar dan Bilik Tayang dan bilik ketiga digunakan untuk Bilik Alat Pandang Dengar 2 dan Makmal Komputer.
 
Pada tahun 2006, Pusat Sumber Sekolah berubah wajahnya. Bangunan lama telah dirobohkan untuk membina bangunan tiga tingkat. Disebabkan oleh kekurangan bilik darjah, bilik Tayang digunakan sebagai kelas Tahun Empat. Maka, televisyen dipindahkan ke bilik Alat Pandang Dengar 1. Bilik Alat Pandang Dengar 2 digunakan sebagai Bilik Pemulihan.
 
Pada 2009, bilik-bilik tersebut di atas sekali berubah kedudukan sehingga sekarang. Pusat sumber sekolah merangkumi bilik Alat Pandang Dengar, Perpustakaan, bilik PAK dan Makmal komputer.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untitled Document
SJK(C) WAH MAN 华民小学 SJK(C) WAH MAN 华民小学 SJK(C) WAH MAN 华民小学  
 
SJK(C) WAH MAN@ COPYRIGHT 2011
 
Untitled Document